Pelakon Diana Danielle akui muak dengan suaminya Farid Kamil yang kini masih berkeras untuk tidak melafazkan cerai pada sebutan kedua tuntutan permohonan perceraian mereka
“Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan dan jangan zalimi saya lagi.”
“Bagi saya, tindakan dia hari ini amat memualkan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dia berangan dan tiada apa untuk diselamatkan.
“Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk berdamai dan perbaiki tetapi dia gagal melakukannya.
“Jadi, apa perlu saya lakukan sekarang, adakah terus berharap sedangkan sudah terlalu banyak harapan diberi. Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan kemana-mana kerana saya bulat hati mahukan perceraian ini berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Diana akui sudah boleh menjangkakan suaminya akan memanjangkan kes tuntutan perceraian mereka.
Sumber: Kosmo