Rapper YHB, Akui Rujuk Kamus Dewan Dan Google Translate Tulis Lirik Bahasa Melayu

YHB Sleepsalot, penyanyi rap kelahiran Singapura baru-baru ini berkongsi yang dia terpaksa merujuk kamus untuk menulis lirik dalam Bahasa Melayu dengan betul. 

YHB mengakui yang dia sebenarnya tidak fasih dalam Bahasa Melayu tetapi untuk menulis lirik dalam Bahasa Melayu, lain pula ceritanya. 

rapper yhb, akui rujuk kamus dewan dan google translate tulis lirik bahasa melayu

“Di bilik saya, ada Kamus Dewan berwarna merah. Kalau nak tulis lirik, kadang-kadang saya cuma selak kamus helaian demi helaian.

“Tengok perkataan apa yang saya tak pernah dengar sebelum ini, datanglah idea. Kadang-kadang, saya rujuk Google Translate juga,” kata rapper yang berusia 21 tahun itu kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

YHB kini telah mengeluarkan single baharunya berjudul Tukar Currency, dan YHB juga berkata menerusi muzik hip-hop, dia dapat memperbaiki Bahasa Melayu yang disifatkannya indah.

“Secara semulajadinya, memang saya tak berbual dalam bahasa Melayu sebab tiada banyak peluang untuk berbuat demikian di Singapura.

“Sungguhpun begitu, kalau saya tulis lagu atau lirik, memang saya betul-betul duduk di meja dan letakkan fokus penuh. Kemudian, barulah saya tulis (lirik) dalam bahasa Melayu,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo