
Semalam telah tular satu gambar akan sebuah bangunan senget di sekitar Kuala Lumpur. Rentetan itu, ramai yang menyatakan bangunan itu akan tumbang.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan Astro Awani, bangunan tersebut sebenarnya memang dibina dengan rekaan sengat.
Pengarah Urusan KSK Land Dan Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group Joanne Kua telah memberi kenyataan kepada Astro Awani dengan menyatakan bahawa Menara B bangunaan tersebut sememangnya sedang dibina mengikut reka bentuk sedemikian.
Apabila siap kelak, bangunan rekaan RSP Architects KL di bawah Projek 8 Conlay itu akan menjadi bangunan kediaman berservis dan bersilang serta berkembar dan tertinggi di dunia oleh Kempinski.
Jadi, korang tak payah risau lah kalau tengok ada bangunan senget dekat Kuala Lumpur tu.
Sumber: Astro Awani