Viral di Tiktok, sebuah video yang dikongsi oleh seorang penghantar makananan @Mohaizz yang menunjukkan seorang pelanggan sedang mencuba untuk memujuk teman wanitanya yang merajuk dengan memesan minuman dan lelaki ini meminta barista untuk tulis ‘sorry’ di cawan air tersebut.
Yang menarik perhatian apabila barista tersebut bukan hanya menulis ‘sorry’ malah, dia menulis ayat-ayat manis untuk memujuk si teman wanita tersebut.
“Nasiblah dapat barista yang memahami perasaan pelanggan”, tulis kasyennya.
“Awak janganlah merajuk, hidup saya sunyi tanpa awak. Jika kau jauh aku selalu rindu, jika kau ada hati akan berbunga” tulis barista itu.
Rata-rata netizen terhibur dan memuji barista tersebut kerana mengikut kemahuan pelanggan siap bagi ‘extra effort’ tulis karangan pendek di atas beg bungkusan. Memang sweet!

Sumber: Tiktok @Mohaizz