Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi kehidupannya sebelum berkahwin dimana dirinya perlu bekerja keras mencari rezeki sebagai pelakon sudah berakhir memandangkan suaminya kini mampu menanggung semua keperluan hidupnya dengan kemewahan.
“Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif.
“Tiada drama baharu sebab suami manjakan saya dan minta berehat di rumah buat masa ini,” katanya.
Menurutnya, ini semua adalah atas permintaan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang mahu dia untuk sentiasa ada dirumah untuk meluangkan masa bersama dengannya di rumah.
“Malangnya, saya tidak akan membuat sebarang penggambaran tahun ini kerana suami meminta saya untuk berehat sekejap.
“Suami sangat memanjakan saya san meminta berehat di rumah sahaja. Nampaknya dia seronok bersama sepanjang masa,” tambahnya.
Sumber: Kosmo