Penyanyi terkenal Shila Amzah menafikan dakwaan terlibat dalam aktiviti pelaburan atas talian serta meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya mana-mana iklan pelaburan yang mengaitkan namanya.
Menurut Shila, dakwaan tersebut adalah tidak masuk akal kerana ia lebih untuk mengajak orang ramai melabur untuk cepat kaya.
This is beyond stupid (ini melampaui kebodohan). Saya nak menegaskan bahawa saya tidak pernah masuk apa-apa ‘trading’.
“Sebarkan terutama kepada mak cik, pak cik yang sudah terpedaya benda-benda macam ini.
“Mana ada benda masukkan duit ke sesuatu tempat dan tiba-tiba jadi kaya,” katanya menerusi Instagram.
Sebelum ini, terdapat sebuah perkongsian di lama web daripada pihak tidak bertanggungjawab yang menunjukkan kenyataan Shila yang dikatakan memperolehi wang dalam sekelip mata menerusi satu skim pelaburan dalam talian.
Sumber: Kosmo