Shila Amzah Belum Habis Pantang Dah Kembali Bekerja

Masih dalam tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah menimbulkan rasa risau peminat selepas melihat Shila kembali beraksi di atas pentas. 

Menerusi sebuah video, Shila dilihat sedang giat mempersiapkan diri untuk sebuah persembahan. 

“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang.

“Bismillah, ayuh kita kayuh,” ujarnya ringkas.

Menurut Shila, dia kini terpaksa kembali ke kerja kerana mendapat tawaran menyanyi sempena  sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.

“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halallah.

“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagu temanya,” katanya teruja.

Sumber: Kosmo