“Anugerah Ini Milik Malaysia” - Siti Saleha Menang Bintang Asia Terbaik

Pelakon Siti Saleha berjaya dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam.

Menurutnya, kemenangan ini bukan sahaja menjadi momen bermakna buatnya tetapi sebagai satu pencapaian juga buat tanah air sendiri. 

“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya ringkas dalam Instagram.

Rata-rata komen peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Siti Saleha atas kemenangan tersebut. 

“Tahniah Saleha! Malaysia bangga dengan awak.

"Alhamdulillah, Saleha dan Malaysia mendunia di bumi Korea!” komen netizen bangga.

Menerusi kategori tersebut, aktres berkenaan berjaya menewaskan lima lagi pesaing termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

 

Sumber: Kosmo