‘Saya Pernah Ditawar RM60, 000 Untuk Teman VVIP Makan’ - Sharifah Rose

Pempengaruh Sharifah Rose berkongsi pernah ditawarkan RM60,000 untuk menjadi ‘peneman’ golongan kenamaan atau VVIP.

Menurut Rose, jumlah tersebut ditawarkan kepadanya hanya untuk menemani golongan kenamaan makan. 

“Saya pernah dapat mesej dengan menawarkan RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja.

“Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja ditambah pula tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya.

Namun, Rose yang juga seorang introvert menolak untuk menerima tawaran tersebut. 

“Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi.

“Teman makan, teman pergi bercuti tapi saya tidak pernah balas pun. Tetapi yang membuat tawaran itu adalah seorang perempuan.

“Kadang-kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan. Muka nampak baik tapi macam itulah kejadiannya,” tambahnya.

Sumber: Kosmo