‘Assalamualaikum, Ahmed Mohsein’ - Sharifah Amani Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Pelakon Sharifah Amani selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada 26 Jun lalu.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh suaminya, Ahmed Faris Amir menerusi Instagram serta turut mendedahkan nama cahaya mata mereka. 

“Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan ada 26 Jun 2024,” katanya. 

 

 

Dalam pada itu, Ahmed Faris juga turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang baik dan dia turut merakamkan ucapan terima kasih buat doa yang dipanjatkan orang ramai buat keluarga kecilnya.

“Alhamdulillah, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Terima kasih semua yang telah mendoakan,” jelasnya lagi.

Selain itu, ramai rakan selebriti turut berkongsi kegembiraan atas berita ini. 

“Hai Mohsein junior,” tulis pelakon, Syafie Naswip.

Sumber: Kosmo