‘Saya Tak Pernah Doakan Mereka Bercerai’ - Datin Patimah Ismail

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail akui tidak pernah mendoakan perceraian anaknya dengan pelakon Ira Kazar.

“Saya tak pernah berdoa mereka bercerai.”

Menurutnya, sebagai ibu selama ini dia hanya mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

“(Saya) cuma mohon kepada Allah beri yang terbaik untuk anak saya,” ujarnya.

Namun sehingga kini Syamsul ataupun Ira Kazar masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung permohonannya itu yang turut disahkan Azmi Mohd. Rais selaku peguam Syamsul.

Sumber: Kosmo