“Ramai Tak Tahu, Saya Pernah Berkahwin Sebelum Ini” - Alif Hadi

Pelakon Alif Hadi berkongsi pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas tujuh  tahun berkahwin di dalam podcast Confession Bilik Gelap di SYOK. 

 

Menurutnya, perkahwinan selama 7 tahun itu dibina pada tahun 2011 pada usianya 23 tahun. 

 

“Paling lama saya dalam perhubungan ialah 10 tahun dan itu merupakan perkahwinan pertama. Kami bercinta selama setahun, bertunang dan tujuh tahun berkahwin.

 

 

“Ramai orang tidak tahu perkara ini, saya berkahwin ketika usia 23 tahun. Tamat pengajian dan terus kahwin.

 

“Namun, sekarang orang tahulah, saya seorang duda yang mungkin terlajak laris,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Alif juga berkongsi dia tertarik dengan wanita yang lebih berusia daripadanya. 

 

“Bekas isteri saya empat tahun lebih tua daripada saya. Tak tahu mengapa saya suka wanita yang lebih berusia,” tambahnya. 

 

Sebelum ini, Alif mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon, Yasmin Hani terlerai sekitar tiga bulan lalu.