“Saya Bukan Puan, Saya Cik Fazura” - Nur Fazura

Pelakon Nur Fazura baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas menggelar dirinya sebagai Cik Fazura dan bukan lagi puan selepas kembali hidup solo. 

 

“Oh, saya bukan puan, saya cik. Cik Fazura. Salah pula kan?

 

“Semalam saya pergi ke sebuah restoran, kemudian pelayan tanya ‘apa khabar Puan Fazura?’

 

“Saya pun jawab, ‘saya cik, dan dia pun ketawa.Kadang-kadang benda kecil yang kita buat lawak akan buat orang lain gembira, jadi kita pun akan gembira juga,” katanya. 

 

Sementara dalam ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur dan meminta orang ramai tidak mengambil serius dengan gurauan tersebut.

 

Sumber: Kosmo