Saharul Ridzwan Enggan Korban Janggut Untuk Watak Lakonan

Pelakon Saharul Ridzwan yang kini sedang belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi, berkata dia enggan ‘mengorbankan’ janggut semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dalam lakonannya buat masa akan datang.

“Cukur janggut? Tidak rasanya. Saya mahu simpan sampai mati janggut ini. Mahu jaga sunah Rasulullah. Insya-Allah, saya boleh buat,” katanya. 

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Kosmo Saharul merasakan janggut yang menghiasi wajahnya tidak akan menjadi penghalang untuk dia terus aktif dalam bidang lakonan. 

saharul ridzwan enggan korban janggut untuk watak lakonan

“Lagipun penggiat seni seperti penulis skrip di Malaysia sekarang semakin hebat. Mereka boleh memahaminya.

“Jadi untuk karakter akan datang selepas ini, selagi boleh memang saya tidak mahu mencukur janggut. Mungkin boleh guna teknik solekan untuk ‘cover’ bahagian janggut saya. Benda boleh kita buat, jadi tiada masalah,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, sejak lebih setahun lalu, Saharul mula berehat sebentar untuk karier lakonannya kerana dia kini aktif mengikuti aktiviti berdakwah.

Dia juga menganggap dirinya masih dalam fasa mendalamkan ilmu agama untuk menjadi manusia  yang lebih baik.
 

Sumber: Kosmo