‘Walaupun Difitnah, Dia Tetap Maafkan Mereka. Saya Bangga Dengan Kakak’ - Adik Ruhainies

Adik kepada pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Asha Zainul menyifatkan kakaknya adalah seorang yang pemaaf dan perkara ini wajar dijadikan pengajaran. 

“Saya bangga dengan kakak yang telah memaafkan semua orang. Saya berbual dengan kakak, di mana hari ini juga hari terakhir kami di Tanah Suci.

“Saya sangat memandang tinggi kepadanya yang telah berdiam diri selepas semua yang berlaku.

“Awak juga berkata telah memaafkan semua orang termasuk yang bercakap buruk serta menabur fitnah di sana sini,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Menurutnya, dia juga sangat bangga kerana memiliki seorang kakak yang baik walaupun telah menerima kontroversi tangkap khalwat sebelum ini.

“Saya bangga dengan awak.

“Menjadi seorang yang ikhlas untuk memaafkan tanpa perlu memberitahu satu dunia adalah perkara hebat, subhanallah,” kongsinya.

“Semoga Allah SWT memakbulkan doa keluarga, kawan rapat dan saya sendiri yang akan sentiasa ada untuk awak kerana kami tahu apa yang orang lain tidak tahu,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo