Pelakon terkenal Remy Ishak semalam telah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Menurut Remy, penganugerahan ini adalah rezeki buatnya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan.
Remy turut berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan tersebut.
“Alhamdulillah, rezeki. Ini adalah sebab kenapa saya perlu lebih bekerja keras.
“Terima kasih dan selamat hari lahir TYT Tun,”katanya.
Sepanjang 19 tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan, Remy sudah berlakon hampir 40 buah filem.
Sumber: Kosmo