“Tak Rasa Diri Eksklusif Cuma Selesa Jaga Privasi, Media Sosial Hanya Untuk Kerja Sahaja” - Redza Rosli

Pelakon Redza Rosli akui lebih selesa untuk menjaga privasi kehidupan peribadinya secara sendiri tanpa berkongsi di dalam media sosial. 

 

“Secara jujurnya, saya tidak rasa diri ini eksklusif, cuma media sosial saya lebih kepada urusan kerja sahaja. Orang pun tahu saya jarang kongsi apa-apa selain itu.

 

“Saya tidak gemar berkongsi hal peribadi, lagipun tiada apa pun yang hendak dikongsi.

 

“Biarlah perkara peribadi saya menjadi simpanan sendiri, orang lain tidak perlu tahu,” katanya. 

 

Tetap dengan prinsip itu, Redza yakin peminatnya sangat memahami selain menganggap peminat hari ini lebih matang dan tetap memberikan sokongan walaupun tidak berkongsi kisah peribadi.

 

“Peminat sekarang semakin bijak dan terbuka. Mereka tetap menyokong walaupun saya jarang kongsi kisah peribadi.

 

“Pada saya semua itu tiada masalah pun, saya tahu mereka faham,” tambahnya. 

 

Sumber: Kosmo