Baru seminggu berstatus janda, pelakon Nora Danish kini menjadi perhatian ramai lelaki yang mahu mencuba nasib mendampingi dirnya.
Ini semua bermula selepas Nora berkongsi sebuah video di Tiktok sekali gus menarik perhatian deretan individu yang ingin menambat hatinya.
Ramai kaum lelaki dari pelbagai peringkat umur dilihat memperkenalkan diri serta mendedahkan kebolehan yang mereka ada.

“Saya tak kaya tapi saya boleh panjat pokok kelapa, saya memang sudah lama minat awak Nora, berilah saya satu peluang untuk bahagiakan awak,” komen netizen itu.
“Saya tiada rupa tapi ada harta, ada agama, ada pelajaran, harap awak boleh bagi peluang untuk saya, mana tahu kita bahagia sampai syurga,” kata netizen itu.
“Nama saya Nuri, awak pula Nora, memang sesuai sangat kalau kita berdua dijodohkan, saya ada harta peninggalan, boleh untuk tanggung awak dan anak-anak,” tambah netizen.
Sumber: Kosmo