
Sebuah firma penyelidikan pasaran dan perundingan, Ipsos telah menjalankan satu kajian mengenai kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.
Berdasarkan kajian itu, mereka mendapati rakyat Malaysia lebih percaya akan sistem perubatan dan penjagaan kesihatan di negara ini jika dibandingkan dua tahun lalu.
Kajian ini telah dijakanlan dari September hingga Ogos dan mendapati tiga daripada empat rakyat Malaysia percaya akan negara kita menawarkan pekhidmatan yang terbaik untuk sistem penjagaan kesihatan.
Selain itu, 62 peratus rakyat Malaysia meyakini sistem penjagaan kesihatan di negara ini memberikan rawatan yang adil dan sama rata kepada semua individu.
Kaji selidik ini melibatkan 20,009 responden dari 22 buah negara namun tidak dinyatakan akan jumlah sampel dari Malaysia.
Tahniah kepada seluruh petugas KKM!
Sumber: Astro Awani