Rafizi Umum Tinggalkan Dunia Politik

rafizi umum tinggalkan dunia politik

Rafizi Ramli antara susuk tubuh yang terkenal dalam dunia politik. Kepetahannya berkata-kata dan segala statistic yang disebut pasti membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar merasa kagum.

Bagaimanapun, baru-baru ini Rafizi Ramli telah menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan dunia politik dan akan memberi tumpuan kepada kehidupan baharu.

Beliau juga berkata, sudah tiba masanya untuk mempelajari tentang kehidupan kerana dengan proses itu, ia akan menjadikan dirinya lebih baik.

“Ternyata, saya menulis ‘tweet’ ini bagi menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada dunia politik.

“Pada tahap kehidupan ini, saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik dan menyumbang dengan lebih baik,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Dalam tweet tersebut juga, Rafizi menyatakan rasa keterujaannya untuk menceburi bidang teknologi. Buat masa ini, beliau berminat akan teknologi AI, pembelajaran mesin dan IoT.

Tak kisahlah apa keputusannya, diharapan Rafizi dapat terus menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

Sumber: Astro Awani