Pihak Penganjur Tuntut Aisha Retno Untuk Bayar Pinjaman Sebanyak RM77,000

Penganjur konsert Kharisma Music International, Yuka Kharisma baru-baru ini telah menuntut penyanyi Aisha Retno membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi merealisasikan persembahannya. 

 

Menurutnya, konsert Aisha Retno yang dibatalkan pada 16 November lalu sepatutnya sebagai cara untuk membayar semula jumlah yang dipinjamkan kepada Aisha. 

 

Namun, berikutan penjualan tiket yang tidak memberangsangkan sebanyak 98 tiket ditempah, Yuka berharap pihak Aisha dapat menyelesaikan baki pembayaran tunggakan sebanyak RM77,000 selepas membuat pembayaran RM6,000.

 

“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di sebuah majlis dan setakat ini dia baru jelaskan RM6,000 pada Mei lalu.

 

“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui mesej langsung dan mesej suara.

 

“Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” katanya.

 

Dalam pada itu, Yuka memaklumkan pinjaman tersebut dibuat atas hubungan baik mereka sebelum ini untuk membantunya membuat persiapan persembahan. 

 

Sumber: Kosmo