“Berhutang hingga ke negara abadi” - pemiutang malas nak mengemis dari waris

Baru-baru ini tular ni sosial media, seorang pengguna yang berkongsi kisahnya tentang memberikan hutang kepada seseorang sehinggalah si penghutang meninggal dunia. 

Lebih menyedihkan apabila, si pemiutang ini sudah cuba memberitahu kepada waris si penghutang. Namun, enggan mengendahkan perkara tersebut dan hanya bertindak mendiam diri. 

Si pemiutang dipercayai sudah pun menunjukkan bukti mesejnya bersama penghutang ketika dia hendak meminjam wang. Tetapi, jumlahnya telah disebut ketika mereka bercakap melalui telefon. 

Tidak percaya dengan perkara tersebut, waris si penghutang meminta si pemiutang untuk bersumpah dan si pemiutang turut bersumpah tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, akhirnya keluarga di penghutang hanya diam menghilangkan diri. 

“Janji saya dah bagitahu tapi waris yang hanya mendiam. Saya tak nak mengemis duit saya sendiri”, katanya. 

Malas untuk mengemis duit sendiri, cukup hanya meminta sekali akhirnya si pemiutang redha dan hanya mengharapkan tuhan untuk menyelesaikan hal ini dengan si penghutang. 

 

Sumber: Facebook @kisahdunia