Pakej PRIHATIN: Kerajaan Salur RM3 Bilion Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana

pakej prihatin: kerajaan salur rm3 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bukan sahaja membantu rakyat secara tunai. Namun, pihak kerajaan juga telah membelanjakan sejumlah wang bagi membantu peniaga berstatus kecil dan sederhana (PKS).

Sehingga 5 Mei, kerajaan telah menyalurkan dana sejumlah RM3 bilion di mana memberi manfaat kepada PKS Melalui kemudahan dana pinjaman mudah. Jumlah itu telah membantu 6,840 PKS.

Perkara ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan laporan pencapaian Pakej Prihatin baru-baru ini.

“Sambutan terhadap kemudahan ini amat menggalakkan dan saya berharap ia digunakan dengan penuh manfaat,” katanya.

Sumber: Astro Awani