Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman akui tidak menyesal sedikitpun selepas memutuskan untuk bertudung sepenuhnya.
Menurutnya, walaupun susah untuk meninggalkan kehidupan lamanya, namun itu semua bukan lagi keutamaan dirinya sekarang.
“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori. Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” katanya.
Tambahnya lagi, dia menangis kerana terpaksa memadam gambar lamanya yang tidak bertudung namun yakin kesemua kesedihan itu akan pergi.
“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Norreen telah menarik perhatian ramai dengan imej baharunya memakai tudung baru-baru ini.
Sumber: Kosmo