Pelakon Mira Filzah akui ibadah umrah yang dijalankannya baru-baru ini adalah satu pengalaman yang baru dan mencabar namun memberi makna berbeza buat dirinya.
Antara cabaran yang dihadapinya kali ini adalah perlu menyempurnakan tawaf mengelilingi Kaabah sambil mendukung anak lelaki, Wan Khair Amir.
“Alhamdulillah, selesai mengerjakan ibadah umrah. Pertama kali bawa Amir dan dia nak mama dukung sahaja, jadi saya yang dukung sambil tawaf tujuh kali.

“Tak merungut, syukur Alhamdulillah buat segalanya.
“Momen itu satu pengalaman yang singkat tetapi sangat bermakna untuk berada di tempat yang paling diberkati di muka bumi.” katanya.
Dalam pada itu, Mira juga turut menyatakan bahawa ini adalah pengalaman pertamanya menunaikan umrah sebagai seorang isteri dan ibu.
“Pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu.
“Sangat mencabar tetapi satu pengalaman yang sangat indah buat saya,” tambahnya.
Sumber: Kosmo