3 Pesakit Meninggal Dunia Di Sebelah Katil, Mafarikha Kongsi Pengalaman Sebulan Di Hospital

Penyanyi jelita, Mafarikha baru-baru ini telah dimasukkan ke wad kritikal selepas disahkan dijangkiti Covid-19 tahap lima. 

3 pesakit meninggal dunia di sebelah katil, mafarikha kongsi pengalaman sebulan di hospital

Bukan itu sahaja, tulang rusuk kanan Mafarikha juga telah ditebuk kerana keadaan paru-parunya yang tidak stabil.

Selepas hampir sebulan di hospital, baru-baru ini Mafarikha ada berkongsi pengalamanya berada di wad kritikal di Instagram Storynya. 

Mafarikha memberitahu yang dia kini sudah berada di wad biasa selepas keadaannya semakin baik. Katanya, sepanjang berada di dalam wad, dia sudah melihat beberapa kes kematian di sebelah katilnya sahaja.

3 pesakit meninggal dunia di sebelah katil, mafarikha kongsi pengalaman sebulan di hospital

“3 pesakit kritikal telah meninggal dunia di sebelah saya. Untuk kekal waras di hospital bukan mudah tapi hidup mesti diteruskan! 

“Saya telah melihat banyak dalam 29 hari ini, seperti pesakit yang jantungnya berhenti selama 6 minit dan hidup semula tetapi mati beberapa jam nanti. Lagi lama dekat sini. Saya fikir saya mungkin bertukar jadi doktor atau jururawat”, tulisnya di Instagram Story. 

3 pesakit meninggal dunia di sebelah katil, mafarikha kongsi pengalaman sebulan di hospital

Selain daripada itu, Mafarikha juga ada berkongsi adab ketika melawat pesakit yang ditidurkan atau separuh sedar. Menurutnya, pelawat dinasihatkan untuk tidak meraung atau menangis dengan kuat ketika melawat pesakit. 

Dan kalau boleh, pelawat juga jangan cuba untuk mengejutkan pesakit dan cuba buatkan pesakit merasa tenang, sebab mereka mendengar. Cakap dengan nada yang perlahan sahaja ketika bersama pesakit.

Sumber: Instagram Story @mafarikha