Tampil dengan penampilan yang lebih sopan, pelakon jelita, Datin Lisa Surihani baru-baru ini mengaku yang tidak mudah untuk kekal istiqamah.
![“saya tak baik, saya belajar nak jadi baik” – lisa surihani mengaku tidak mudah untuk kekal istiqamah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-22-at-9-52-33-am.png)
Menurut perkongsian di Tiktok oleh @pendosahijrahhh. Menunjukkan Lisa mengakui bahawa penampilan barunya ini tidak bermaksud untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik tetapi dia mengharapkan keredaan daripada-Nya.
Lisa juga berkata, bagi dia sangat lah tidak mudah untuk melakukan kebaikan sebab macam mana pun mesti akan ada dugaan yang datang.
“Saya tak nak cakap yang saya memakai macam ni ke, saya buat ini, saya buat itu sebab saya nak tunjuk baik, bukan. Saya mengharapkan dan mendoakan sangat keredhaan dia,” ucapnya.
“So easy sebenarnya untuk kita alpa, lupa, riyak, ujub dan takbur. Lagi-lagi bila kita nak cuba jadi baik, benda tu pun boleh menyebabkan perkara yang jadi dugaan untuk kita semua,” tambahnya lagi.
Rata-rata komen dari netizen juga turut gembira dengan penghijraan Lisa Surihani kini dan berdoa agar dia terus beristiqamah serta dipermudahkan segala urusannya.
![“saya tak baik, saya belajar nak jadi baik” – lisa surihani mengaku tidak mudah untuk kekal istiqamah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-22-at-9-50-49-am.png)
![“saya tak baik, saya belajar nak jadi baik” – lisa surihani mengaku tidak mudah untuk kekal istiqamah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-22-at-9-50-59-am.png)
Sumber: Tiktok @pendosahijrahhh