Lebih Setengah Juta Isi Rumah M40 Di Malaysia Kini Jadi B40

Dek kerana krisis COVID-19, lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) kini tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40.

lebih setengah juta isi rumah m40 di malaysia kini jadi b40

Ia dimaklumkan oleh laporan Jabatan Perangkaan bagi tahun 2019, melibatkan sekurangnya 8 peratus isi rumah dengan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

lebih setengah juta isi rumah m40 di malaysia kini jadi b40

Penurunan tahap pendapatan yang ketara ini membimbangkan kerana ia memberi kesan kepada sosioekonomi rakyat Malaysia.

 

Nyata pandemik COVID-19 ini juga telah menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia menyusut kepada 8.4 peratus.

 

Ekoran daripada itu, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) juga telah mencadangkan lapan agenda penetapan semula atau 'reset' untuk penjajaran semula ekonomi negara pasca COVID-19 iaitu:

  1. Pelaksanaan ekonomi digital
  2. Menggalakkan penggunaan dan kemajuan teknologi
  3. Menetapkan kedudukan untuk perubahan landskap global
  4. Menggalakkan perkongsian tanggungjawab, tadbir urus baik dan kelestarian.
  5. Penyediaan tenaga kerja masa depan
  6. Memantapkan penyampaian awam dan menggalakkan pasaran kompetitif
  7. Membantu komuniti rentan
  8. Pemulihan serta penstrukturan semula korporat.

 

Sumber: Astro Awani