‘Awak Kuat, Demi Yem Dan Som’ – Luah Bekas Suami Nad Zainal

Kita dikejutkan dengan berita menyayat hati semalam, pelakon jelita Nad Zainal sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana komplikasi paru-paru berdarah. 

‘awak kuat, kuat demi yem dan som’ – luah bekas suami nad zainal

Rata-rata rakan artis dan peminat juga terkejut dengan berita tersebut dan meminta agar semua mendoakan Nad Zainal agar pulih seperti sedia kala. 

Bekas suami Nad Zainal, Muhammad Faliq Amirudin juga dilihat menitipkan kata semangat buatnya di Instagram Story miliknya semalam. 

‘awak kuat, kuat demi yem dan som’ – luah bekas suami nad zainal

Faliq meminta agar Nad Zainal untuk terus kuat demi dua anak mereka yang masih kecil iaitu, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

‘awak kuat, kuat demi yem dan som’ – luah bekas suami nad zainal

Rata-rata peminat Nad Zainal di media sosial juga berdoa untuk kesihatan Nad Zainal dan berharap supaya Nad Zainal kembali sembuh. 

Sumber: Instagram @faliqamirudin