“Ya, Baim Failkan Perceraian Kepada Isteri” - Peguam

Dakwaan mengenai keretakan rumah tangga pelakon Indonesia Baim Wong dan isteri akhirnya terjawab selepas pelakon itu memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven. 

Berita ini disahkan oleh peguam yang mewakili Baim dan memaklumkan bahawa permohonan perceraian tersebut telah dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

“Ya, betul Baim ada failkan perceraian,” katanya ringkas.

Kemelut rumah tangga pasangan ini telah menjadi topik hangat apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang respons terhadap khabar angin yang bertebaran.

 

Sumber: Kosmo