Kuala Lumpur Adalah Satu-Satunya Lokasi Di Asia Untuk Konsert Jelajah Muse

Kumpulan rock antarabangsa terkenal Muse bakal mengadakan konsert satu-satunya dalam Asia di Kuala Lumpur pada 29 Julai depan.

Malaysia sebagai satu-satunya lokasi persinggahan di Asia, konsert Muse ‘The Will Of The People Tour 2023’ dijangka akan menarik ramai peminat dari Asia Tenggara dan Australia.

kuala lumpur adalah satu-satunya lokasi di asia untuk konsert jelajah muse

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penganjur Hello Universe Adam Ashraf memaklumkan pihaknya juga bakal menjangka penonton antara 60,000 hingga 100,000 orang bakal datang ke konsert mereka.

“Kami menunggu hampir lima bulan untuk mereka bersetuju selain mengadakan perbincangan dengan wakil pengurusan Muse di London sebelum ini,” katanya.

Walaupun lokasi konsert masih belum diumumkan, tetapi tiket Pra Jualan boleh didapati bermula 2 Mac ini bermula jam 10 pagi manakala tiket yang dijual kepada awam bermula 3 Mac jam 10 pagi.

 

Sumber: Awani