Kemelut Sarah Yasmine, Aliff Aziz Selesai?

Wanita yang pernah mendakwa dirinya kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine melahirkan rasa syukur apabila kemelut hubungan mereka berakhir secara baik.

Menurutnya, kemelut mereka sudah selesai secara baik dicapai oleh dia dan Aliff untuk perkara tersebut.

 

 

“Saya gembira untuk mengemas kini bahawa kami telah mencapai penyelesaian secara baik.

“Seperti yang mungkin anda ketahui, Aliff dan saya telah terlibat dalam perbalahan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.

“Kini, ami telah mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaian kami melalui pengantaraan di Kluster Penyelesaian Pertikaian Mahkamah Negeri, dan telah bersetuju untuk meletakkan perbezaan kami di belakang kami,” katanya. 

Dalam pada itu Sarah turut menzahirkan rasa terima kasih ke atas sokongan yang diberi oleh pihak luar terhadapnya.

Sarah sebelum ini menerima notis daripada mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial.

 

Sumber: Kosmo