Pelakon Datin Intan Najuwa disekolahkan pada netizen hanya kerana minum air teh ais yang dipercayai mempunyai pewarna buatan yang boleh meresikokan kandungan.
Namun Intan memaklumkan bahawa dia tidak minum minuman itu setiap hari selain sentiasa mengambil multivitamin khas untuk ibu mengandung demi kesihatan.
“Bagi yang tertanya-tanya mengenai teh ini, saya cuma mahu beritahu bahawa saya tidak minum setiap hari.
“Saya hanya ambil ketika teringin dan biarkan saya nikmati keinginan sepanjang hamil.
“Terima kasih kerana ambil berat tetapi biarkan kami ibu mengandung puaskan keinginan kami. Kami sebagai bakal ibu selalu ambil banyak suplemen setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu, Intan juga berkongsi dia sering merujuk pakar dan keluarga sebelum ingin mengambil sebarang makanan sepanjang kehamilan.
“Kadang-kadang kami sebagai ibu mengandung cuma mahu merasa makanan atau minuman yang tidak biasa tetapi kami berhati-hati setiap pengambilan dan merujuk doktor serta keluarga saya.
“Mereka kata okey sahaja asalkan dalam kadar sederhana. Saya juga sentiasa mengamalkan pemakanan sihat cuma kali ini mahukan sedikit perubahan,” tambahnya lagi.
Sumber: Kosmo