“Kami Ambil Langkah Untuk Beri RM90,000 Infak Fattah Amin Kepada Masjid” - Pak Mat Western

Pelakon Fattah Amin yang menolak komisyen jualan daging kambing perap, wang berjumlah RM90,000 telah diinfakkan kepada masjid yang terpilih untuk diagihkan.

Hal ini dikongsikan dalam  Instagram Pak Mat Western yang menerima banyak panggilan telefon yang meminta bantuan. 

“Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan. Sejak dari semalam, berderu panggilan masuk dan DM (mesej langsung) daripada orang ramai minta pertolongan.

“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah,” katanya.

Tambah admin syarikat itu, pihak mereka tidak akan mengambil komisyen yang diberikan Fattah Amin itu. 

“Duit komisen tak masuk 1 sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo