Impian isteri penyanyi Mark Adam untuk membina rumah bagi ibu bapanya tidak kesampaian apabila projek rumah tersebut telah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.
Menurutnya, pihak kontraktor telah mungkir janji mereka untuk menyiapkan rumah pada tarikh yang telah ditetapkan namun mereka pula menghilangkan diri.
“Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.
“Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu.
“Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi Allah, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.
"Semua hitam putih aku ada,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Mereka sekeluarga redha dan menganggap perkara ini adalah ujian buat mereka sekeluarga.
“Kau berani aniaya orang lagi. Memang sakit, geram, terkilan semua ada. Tapi mungkin ini ujian daripada Allah dan ada hikmah di sebaliknya.
“Tidak apa baby (Mark), kita rugi sekarang, janji niat kita nak tengok mak abah duduk rumah itu kita teruskan. Insya-Allah ada hikmah,” tambahnya.
Sumber: Awani