'Jodoh, Ajal, Penceraian Itu Semua Allah Yang Atur' - Ibu Aliff Aziz

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz akui akan berlapang dada dan tidak menolak andai anaknya ditakdirkan berjodoh dengan pelakon Ruhainies. 

Menurut Hafiza, semua urusan jodoh adalah aturan dan perancangan Allah. 

“Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun kita aminkan jika itu yang terbaik.

“Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan perceraian itu semua Allah yang tentukan,” katanya. 

Dalam perkongsian yang sama, Hafiza turut mendoakan yang baik-baik buat anaknya. 

“Kalau dah jodoh. Saya tahu ramai mendoakannya,” tambahnya.

Hantaran tersebut dibuat susulan nitezen mendakwa Siti Hafiza mahu mengahwinkan Aliff dengan Ruhainies.

Sumber: Kosmo