‘Jangan Soal Tentang Solat Kepada Pesakit Kesihatan Mental’ - Hafreez Adam

Pelakon Hafreez Adam berkongsi tentang penyakit tekanan mental, dia meminta supaya masyarakat di luar sana agar tidak memandang ringan tentang penyakit tersebut.

Menurutnya, orang tidak boleh sesuka hati menyuruh  pesakit ini untuk menjaga agama seperti solat dan mengaji kerana mereka tidak akan pernah tahu apa yang dilalui golongan tersebut.

“Bila orang kongsi atau cerita pasal isu kesihatan mental, jangan cakap kepada mereka, ‘jaga solat’, ‘banyakkan mengaji’.

“Kalian takkan pernah tahu apa yang mereka harungi. Kalian tak tahu apa yang mereka lakukan untuk jadi dan rasa lebih baik. Kalian takkan tahu,” tulis kapsyen nya.  

Hafreez juga berkata, jika orang tidak menceritakan soal ibadah di sosial media bukan lah bermaksud seseorang itu tidak melakukan amalan tersebut dalam kehidupan mereka. 

“Tak semua orang kongsi gambar atas sejadah. Tak kongsi, tak bermakna tak buat. Bayangkan. Macam mana kalau orang tu buat semua, solat, mengaji tapi tetap ada isu (kesihatan mental).

“Sedangkan kalian menyuruh mereka buat. Mereka ada buat, tapi hanya Allah yang tahu,” katanya lagi.

Terdahulu, Hafreez juga mendedahkan bahwa dirinya pernah mengalami tekanan mental sehingga tahap mencederakan dirinya sendiri.

 

Sumber: Kosmo