Tular di media sosial baru-baru ini, bermacam gelagat rakyat Malaysia yang keluar mengundi telah menarik perhatian ramai. Tidak kira bangsa, semua rakyat yang keluar mengundi pada hari Sabtu yang lalu kelihatan sangat teruja dan sempat mengambil ‘selfie’ mereka sambil menunjukkan jari sebagai bukti sudah mengundi.

Sebuah video yang telah dikongsi oleh @alisya.ali.79 di laman akaun Facebook miliknya menunjukkan sudah menjadi satu trend di sosial media untuk rakyat Malaysia mengambil gambar jari berdakwat.

Video tersebut telah berjaya menarik sejuta lebih penonton dan ramai yang terhibur melihat video yang dikongsi.
Rata-rata ramai rakyat Malaysia yang pertama kali mengundi pada tahun ini, meluahkan rasa teruja mereka di sosial media seperti di Tiktok, Instagram, Twitter dan Facebook.
Ramai netizen terhibur melihat video yang menunjukkan gelagat orang bergambar sebagai tanda sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang baik.
Sumber: Facebook @alisya.ali.79