Hanya Rindu? Ya Hanya Rindu ni lagu yang tengah meletop kebabom sekarang tapi bukan lagu rancak ya.
Ni jugak rindu yang #bukanbiashebiashe. Ni rindu yang berat.
Kalau belum tahu ni, ha lagu ni nyanyian Andmesh Kamaleng (juara Rising Star Indonesia musim ke-2).
Bukan setakat menyanyi, dia yang cipta semua A sampai Z. Nak cerita pasal lagu ni pun memang boleh menitis air mata.
Kisahnya tragik. Lagu ni dia cipta tak lama selepas mak dia meningggal dunia hujung tahun lepas.
Difahamkan, Andmesh ambik masa 15 minit je nak cipta.
Sebelum mak dia meninggal dunia, abang dan kakaknya lebih dulu pergi.
Boleh baca keratan kat bawah ni. Sedih.... 😞

Jadi boleh agak kan kenapa lagu ni popular. Dia punya mendayu dan hiba tu memang menangkap hati.
Memang rindu paling pedih ialah rindu kat orang yang dah tiada lagi kat dunia ni.
Boleh banjir weh walaupun pada mulanya ramai ingat ini lagu untuk bekas isteri atau kekasih...huhuhu
Ramai betul yang dah cover lagu ni. Antara artis Malaysia yang buat adalah Haqiem Rusli, Adzrin, jugak Hael Husaini dan Dayang #haeyang
Siap alih bahasa lain lagi. Bahasa Inggeris ada, Korea ada...ha Bahasa Arab pun ada. Yang nyanyi tu pulak orang Malaysia. Hebat bukan?
Selain yang asli bagi KJ yang best nyanyian Minah Salleh cun ni 👇
Oh ya, Andmesh ni jugak yang cipta dan nyanyi lagu yang lebih awal meletop sebelum ni Cinta Luar Biasa yang sikit punya ramai cover termasuk Tok Ti...hehehe.
Dah nak dekat 180 juta kali orang tengok video muzik lagu ni kat You Tube. Fuhhh!
OK KJ nak sambung dengar semua versi ni. Rindunya kat Allahyarham abah dan adik saya. Yang muslim jom sedekah Al-Fatihah kat insan kesayangan yang dah mendahului kita.
Sumber: HITS record, You Tube & internet
Oleh: KJ