Pelakon dan penyanyi Erra Fazira akui dia dan bekas suami, Engku Emran sanggup bertolak-ansur demi untuk tidak membuatkan anak tunggal mereka merasa kurang kasih sayang ibu bapa.
“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.

“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.
“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” katanya.
Berbincang mengenai perebutan anak yang berlaku dalam kalangan selebriti, Erra berpendapat, ibu dan bapa haruslah mengalah dan menurunkan ego mereka demi anak-anak untuk memastikan ia tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada anak.
Malah Erra juga bertambah, hal rumah tangga atau keluarga juga tidak perlu diceritakan di media sosial demi menjaga kesihatan mental anak-anak.
Sumber: Kosmo