Penyanyi Ernie Zakri akui dia menganggap tuduhan dia sedang menjalin hubungan lain dengan seorang pemuzik adalah mengarut dan sengaja diadakan oleh peminat yang terlalu obses.
Menurutnya, fitnah seperti itu pernah dilemparkan juga sebelum dia mendirikan rumah tangga bersama Syamel beberapa tahun lalu.
“Seboleh-bolehnya saya enggan melayan isu ini kerana membuang waktu dan tenaga saya yang memang sudah diganggu individu sama sejak beberapa tahun.
“Saya rasa dia tak layak mendapatkan apa-apa komen daripada saya, bahkan saya tak mahu tahu kewujudan mereka.
“Pada akhirnya, saya dan keluarga tahu kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan saya dan Syamel,” katanya
Tambahnya lagi, dia hanya menganggap individu yang mereka fitnah itu mempunyai masalah mental kerana begitu mengambil tahu tentang kehidupan dia dan keluarganya.
“Saya rasa pemuzik itu turut menerima mesej gangguan sama macam saya dan Syamel dapat termasuk tuduhan serta fitnah.
“Bersandarkan keadaannya, saya rasa orang itu mempunyai masalah mental. Jadi kenapa kita nak layan orang yang kurang berakal.
“Saya juga syak kami diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu perkara ini, kami gelak saja sebab mesej serupa dah selalu kami dapat dan mintanya jangan melayan,” tambahnya lagi.
“Saya tak tahu sama ada individu ini obses dengan saya atau Syamel. Mungkin mereka masih tidak boleh menerima perkahwinan kami.
“Tak sangka wujud orang seperti itu yang sanggup mengacau kami sejak fasa bertunang lagi tetapi saya doakan yang baik-baik buat orang itu,” katanya.
Sumber: Kosmo