Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Diana Danielle Nasihat Orang Ramai Untuk Ambil Tindakan

Menjadi salah seorang mangsa gangguan seksual di media sosial, pelakon Diana Danielle nasihat orang ramai yang menjadi mangsa gangguan untuk berani mengambil tindakan sebagai satu perlindungan diri.

Menurut Diana, terdapat akta yang melindungi orang awam daripada dikacau dan dihendap individu yang tidak dikenali termasuk menerusi media sosial.

“Macam yang saya beritahu tiada beza kalau awak berkata-kata atau hantar mesej di media sosial dengan bila bercakap secara berdepan sebab gangguan seksual tetap gangguan seksual.

“Perkara itu boleh digunakan terhadap awak, jadi bila awak tengok gambar atau tengok apa yang seseorang sedang lakukan dan rasa macam nak hantar mesej pelik-pelik atau ugutan, benda seperti itu boleh digunakan terhadap awak jadi berhati-hati,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Diana juga ada berkongsi gambar mesej langsung (DM) daripada individu tersebut namun tidak memperincikan butiran diterima atau mendedahkan identiti pelaku, sebaliknya sekadar memberi peringatan.

“Saya maklumkan ini bukan untuk ambil tindakan tapi yang menariknya ramai yang tak tahu pasal perkara ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Diana menasihatkan orang ramai untuk mengambil tindakan sejawarnya jika mereka menjadi mangsa gangguan seksual.

Sumber: Kosmo