Seorang graduan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kekal tabah menerima ijazah dalam kesedihan apabila bapanya meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis konvokesyen.
Menurut laporan Kosmo, graduan yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Mokhtar, berkata, bapanya, Mokhtar Mat Isa, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1 pagi sehari sebelum majlis graduasinya.
Katanya, ayahnya itu jatuh sewaktu mereka sekeluarga sedang berada di sebuah inap desa di Teluk Ketapang sebelum ayahnya terkena serangan jantung.
Mereka kemudian bergegas membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu namun ayahnya meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan.
Muhammad Hafiz berkata, beliau menggagahkan diri menghadiri majlis konvokesyen berkenaan walaupun masih berduka dengan kehilangan ayah kesayangannya.
Dia bersama kedua ibu bapanya difahamkan bertolak dari rumah mereka di Selangor untuk menghadiri konvokesyen pada hari Ahad.
“Arwah ayahnya sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen buat pertama kali kerana saya anak pertama yang menjejak menara gading.
“Beliau sangat gembira melawat tempat-tempat menarik di Terengganu dan tidak sangka ia kenangan manis terakhir saya bersamanya,” tambah Muhammad Hafiz.
Sumber: Kosmo