
Sewaktu Perdana Menteri mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional, salah satu golong penerima adalah pelajar IPT awam swasta.
Bagaimanpun, baru-baru ini pihak kerajaan telah menambah dana berjumlah RM30 juta ringgit lagi bagi pelajar-pelajar tingkatan enam, pelajar peringkat diploma dan setara termasuklah institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementian Belia dan Sukan serta MARA.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. Beliau turut menyatakan bahawa bantuan ini bakal diterima oleh 1.5 juta pelajar di seluruh Malaysia.
Jadi, dah dapat duit nanti pastikan korang guna sebaiknya dan berjimat cermat tau! Jangan membazir dan hidup bermewahan.
Sumber: Astro Awani