Penyanyi Baby Shima telah menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya melalui media sosial baru-baru ini.
“Lagi kamu masuk Sarawak! Musuh kamu sekarang sudah sasarkan kamu! Jangan pulang ke Semenanjung sebagai mayat saja, faham! Jaga diri, Baby Shima,” tulis komen tersebut.
Melihat perkara tersebut, Baby Shima memilih untuk mengambil tindakan segera dengan membuat laporan polis.
Menurutnya, dia kini mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu terbabit.
“Shima baru menerima satu ugutan bunuh daripada orang Sarawak. Mohon kerjasama @polis_sarawak dan Polis Diraja Malaysia.
“Sekarang Shima sudah pergi ke balai polis,” jelasnya.
Sumber: Kosmo