Baru-baru ini sosial media milik pempengaruh Azfar Heri telah menjadi tarikan orang ramai apabila dia dilihat keluar minum kopi bersama YB Syed Saddiq.
Melalui perkongsiannya di Tiktok, Azfar mengatakan perjumpaannya bersama YB Syed Saddiq adalah tidak dirancang dan dia akui bahawa dia merasa sedikit gementar untuk berjumpa dengan Syed Saddiq.
@azfarherii
Semalam plan harini terus jumpa, it was really nice to meet you in person ! Thank you for your sharing and sama sama belajar benda baru ! Sangat casual and friendly, penat gelak gelak je HAHAHAA. Catch up soon 🤝🏻
♬ original sound - azfarheri
“Hari ini saya nak berjumpa dengan seseorang. Tak tahulah nak cakap macam mana. Saya gementar sebenarnya sebab tidak menyangka dia ajak untuk berjumpa.
“Sangat gembira dapat berjumpa secara berdepan. Terima kasih untuk perkongsian dan sama-sama belajar benda baru. Sangat kasual dan ramah, penat gelak. Jumpa lagi nanti.
Rata-rata komen netizen pula berkata ini adalah satu pertemuan yang sangat tidak disangka. Dan Syed Saddiq dilihat begitu santai semasa bersama Azfar seperti kawan-kawan sahaja.
Sumber: Tiktok @Azfarher