‘Amir Hanyalah Kawan Saya’ - Angel Tolak Dakwaan Bercinta Dengan Amir Ahnaf

Didakwa sedang bercinta dengan pelakon Amir Ahnaf, ahli kumpulan Dolla Angel menafikan perkara tersebut dan akui mereka hanyalah kawan rapat sahaja. 

Menurut Angel, hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik walaupun Amir dilihat menghadiri konsert Dolla di Zepp KL, hujung minggu lalu.

“Amir hanyalah kawan saya. Dia tanya saya sekiranya boleh datang ke konsert Dolla. Sebagai rakan, sudah tentu saya tidak keberatan untuk mengajaknya.

“Jadi saya jemput Amir untuk menyaksikan konsert Dolla secara peribadi. Pada malam itu, dia datang bersama Hazeeq Dean.

“Saya mula mengenalinya ketika sama-sama merakamkan video promosi untuk karnival jualan hari raya.

“Sejak itu, hubungan kami mula akrab dan dalam masa sama saya juga berkawan dengan barisan pelakon drama Projek: High Council,” kata Angel. 

Sumber: Kosmo