Angah Undur Diri Daripada SINAR Atas Faktor Kesihatan

Pelawak Angah akui dengan berat hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Sinar atas faktor kesihatan.

‘Saya ambil keputusan berhenti dari radio Sinar,’ katanya. 

Menurutnya, sejak kebelakangan ini dia kerap mengambil cuti akibat masalah kesihatan sekali gus bimbang membebankan rakan sekerja.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

“Saya ambil keputusan untuk berhenti dari radio Sinar. Tidak tahu sama ada sekejap atau lama.

“Kadang-kadang saya cuti, takut orang ingat benda main-main padahal ini mengenai kesihatan.

“Selagi tidak sihat, tidak mahu berlarutan seperti bangun pagi tiba-tiba sakit terpaksa bercuti sehingga ganggu kawan-kawan,” tambahnya. 

Namun, Angah tidak mengulas lanjut secara terperinci mengenai penyakit yang dihadapinya sehingga mengambil keputusan berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio.

“Saya memang nak kerja, saya tak datang bukan saja-saja tetapi fasal saya sakit,” katanya.

Sumber: Kosmo