Selepas sebulan menerima rawatan di hospital akibat pendarahan dalam paru-paru, pelakon Nad Zainal akhirnya kembali pulih seperti sedia kala.
Bila disebut tentang anak, Nad Zainal berkata anak-anak adalah perkara yang paling dirinduinya.
“Bagaimana reaksi anak-anak bila jumpa saya? Sudah tentu gembira. Papa dan mama saya datang terlalu awal (belum waktu daftar keluar hospital).
“Jadi, saya minta kebenaran daripada jururawat nak jalan keluar ke kereta papa. Saya nak tengok anak-anak saya. Itu saja.
“Saya jalan dan buat pertama kalinya saya keluar hospital. Saya boleh berjalan. Saya pergi ke kereta dan jumpa anak-anak saya. Saya nampak Som (anak kedua), dia tuding jari pada saya, ‘mummy, mummy, mummy,’” katanya dalam keadaan sebak dan beremosi.
Dalam pada masa ini, keadaan kesihatan pelakon jelita itu kini sudah beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.
Sumber: Kosmo