Ahli keluarga memuji lakonan Amir Ahnaf ketika menonton lakonannya dalam filem terbaharu Kahar: Kapla High Council yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November (Khamis) ini.
“Alhamdulillah, mama bangga kerana saya sudah melakukan terbaik selain turut menitiskan air mata ketika menonton filem tersebut.
“Ayah pula ucap tahniah dan katanya ini paling terbaik. Saya sangat bangga dengan kemampuan diri sebab tak pernah merasakannya seumur hidup.
“Rasa gembira sebab dapat membanggakan ibu bapa. Insya-Allah saya akan dapat banggakan industri seni Malaysia juga,” katanya.
Dalam pada itu, Amir akui tidak malu sekiranya filem tersebut oleh ahli kelurganya kerana semua itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Saya tiada rasa segan sebab apa yang dipersembahkan ialah watak Kahar, bukannya tentang diri sendiri.
“Saya yakin setiap ahli keluarga memahami dan apa yang mereka tonton hanya imej atau visual untuk memberi pengajaran dan teladan,” tambahnya.
Sumber: Kosmo